Tuesday, December 8, 2015

berfikir sejenak


assalammualaikum.
nampaknya umat kini kian tenat 
*berdasarkan pendapat daripada pemerhatian ke atas persekitaran dan diri ini sendiri*
perkara yang haram ingin dihalalkan
perkara yang menyusahkan ingin dilaksanakan

mungkin usia aku masih belum mampu melihat jelas signifikan tindakan ini diambil, tapi di manakah kebaikan di sebalik semua ini ?

apabila isu "K" ingin dihapuskan, aku kira banyak perkara akan menjadi contradict, bukan apa. apabila ia dihalalkan, bukankah akan banyak penyakit kel**** menular dalam kalangan masyarakat berjiwa bebas? *lebih lagi remaja yang berdarah panas* sebab mereka tak akan lagi takut untuk melakukan sesuatu kesalahan itu kerana mengetahui tiada orang yang berhak mencegah. apalagi ditunggu check-in je memana dan and tidak akan ditangkap *wink wink* dan lebih ramai status anak tidak sah taraf akan berlaku. sebelum dihapuskan pun sudah banyak. tunggu lagi jika ianya dihapuskan. bukan niat ku ingin menjadi keyboard warrior yang lantang menulis. tapi, perkara ini jika dibincangkan pun tiada kesudahnnya. lebih baik kita bermadah di sini dan berfikir secara sendiri. di manakah kebaikan yang ingin golongan atas tunjukkan kepada kami anak bangsa ? tidak mahu privasi diganggu ? ini bukan lagi privasi. ini sudah menjadi tanggungjawab khalifah untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar. nak kira peningkatan dalam ekonomi? iye pelaksanaan ini mampu menaikkan ekonomi pagio penjualan kon*** kadar sewaan mot** atau hot** *asal tertutup* tapi bagaimana moral masyarakat ? saham akhirat. ingatlah. sesuatu idea atau lontaran itu mampu menjadi saham akhirat kelak. apa mungkin boleh diusulkan bantuan seperti membuat majlis perkahwinan secara beramai ramai dan disupport oleh mana mana pihak berkaitan. jauh lebih baik dan praktikal :)

lebih baik berusaha ke arah kebaikan, mengahalalkan sesuatu perhubungan daripada cubaan menghalalkan yang haram . tak gitu ?