Sunday, June 24, 2012


salam. awok. dh lama ta mengarang cerekarama. dh bersawang pun awok ni. uhuk uhuk. mintak maaf. saya mengaku saya pentingkan diri :)
tp ari ni saya menulis bukan sebab sedih tapi sebab gembira. awok teruja tak??
chak. chak. chak. today nak ckp pasal whole things and some conclusion for my life now :P
awok tahu apa itu sahabat? awok ni saya nak cite.
sahabat tu kan..
die ada bile kita sedih dan kita gembira. dia ta kisah siapa kita. bagaimana kita. dari mana kita n apapun. :) dia tetap terima kita seadanya. well. itu sahabat sejati :) awok pnah jumpa? saya ada jumpa. namanya tak boleh lah saya cerita. saya bg thu je cerita saya. *bukan cerita awok eh yang saya merepek nii.
al kisah. sahabats saya ni mereka memahami mereka mengerti mereka menyedari mereka menyakiti mereka mengubati mereka bernyanyi *huduh nya:(. HAHAHA. well. sahabat ni yang mewarnai kehidupn. awok. sebenarnya bila awok bersahabat kongsilah sahabat awok itu bersama yang lain nak tahu sebab apa? ini lah masanya awok membuktikan yang sahabat awok memang terbaik. biarlah yang lain turut berkongsi kerana sahabat sejati akhirnya sentiasa menyayangi sahabat nya :) walau kita berjauhan atas bawah. belakang depan. di fikran ni selalu memikirkan dan di hati ini selalu mendoakan. bila sahabats awak sakit, awok yang risaukan dia. bila mereka gagal. awok turut bersedih. bila mereka berjaya. awok turut tumpang gembira. bila mereka buat salah awok turut menegur. dan bila sebaliknya awok menerima :) itu kita panggil sahabat.
awok pernah menangis sebab sahabat atas kejayaan mereka? pernah turut merasai kesedihan mereka. TAHNIAH awok berjaya menjadi sahabat sejati. *adakah kali ini saya dapat memnuhi objektif sebenar nak menulis. chup. chup.
awok. sahabat selalu mempercayai. and bila awok percaya sahabat sepenuhnya takan adalah masalah :) awok pulak jgn ambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan. btw,
ini yang jadi pada saya sekarang. sahabat bnyak membantu. bila dah di rantau orang ni. *semenanjung lagi. kita perlukan insan insan lain selain keluarga :) mereka adlah rakan. dan di antara rakan ada sahabat . haragai persahabatan selagi ada .> <

Tuesday, June 5, 2012

apa ni?????
baca sikit,,,

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di
dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.