Saturday, April 21, 2012

Pesan AL- HABIB OMAR BIN HAFIZ semasa khutbah jumaat di UTM Skudai td:

jagalah hati kita, jagalah niat kita..

hati merupakan suatu elemen paling penting dalam diri seorang manusia..hati merupakan ketua kepada kerajaaan diri..malah para ulama' sufi menggelarkan hati sebagai raja dalam kerajaan tubuh badan manusia.sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud..

"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."


3 golongan Allah campakkan ke dalam neraka ialah:


1. orang yang menuntut ilmu agama dan ia mengharapkan pujian dari orang lain, maka malaikat menjadi saksi di atas perbuatannya, dan dia dah dapat pujian didunia.. maka Allah campakkannya di dalam neraka di atas kesombongannya itu..

2. org yang berinfak mengharapkan pujian dari orang lain, maka malaikat menjadi saksi di atas perbuatannya, dan dia dah dapat pujian didunia.. maka Allah campakkannya di dalam neraka..
3. orang yang berjihad, yang kuat hatinya berjihad tetapi ia mengharapkan pujian orang lain diatas keberaniannya maka malaikat menjadi saksi di atas perbuatannya, dan dia dah dapat pujian didunia. maka Allah campakkannya di dalam
neraka...

No comments:

Post a Comment